Thursday, April 07, 2011

MUNGKIN BUKAN DIA


sesekali post entry pasal cinta syok jugak ye dak.hue hue
soal hati dan perasaan ni memang rumit.


tak boleh dipaksa bila tak suka and bila dah suka tak boleh dihalang pulak.


hurm memang itulah realiti yang banyak aku observe selama aku berkawan dengan pelbagai jenis orang setakat ni.


kisah aku pulak, mula-mula tak suke kat dia. dia punya la susah payah nak pikat aku sampai macam-macam ayat ngorat dari zaman tok nenek dulu sampai la zaman milennium ni dia pakai tapi aku tak cair-cair pun.


berbagai cara dia pakai sampai ajak kahwin pun pernah tapi aku buat dek je.tak ambik kisah sangat pun.


bila dah lama sikit dia dah give up la kot.dah jarang main ayat-ayat cinta dengan aku. call aku pun jarang-jarang and kadang-kadang tak call langsung dah.


mase tula aku pulak yang tiba-tiba rasa kehilangan.hua hua. mula lah aku cari dia tapi this time turn dia pulak buat dek dengan aku.


dia dah tawar hati agaknye dengan aku.tulah sape suruh aku jual mahal sangat.tak bagi dia diskaun at least 10 persent.


sebab tula aku cakap soal hati dan perasaan ni memang susah nak paham.aku sendiri pun konfius dengan pendirian hati aku sendiri


baru sekarang hati ni terbuka untuk dia tapi dia dah 'jauh' sekarang.apa nak buat dah nasib badan.


mungkin bukan dia untuk aku.hmm hanya Tuhan yang tahu. the rest aku serahkan pada Dia untuk tetapkan segalanya.


withlove-peace.

Tuesday, April 05, 2011

EVERYTHING HAPPENS FOR A GOOD REASON


Bila teringat ayat title kat atas tuh aku mesti teringat kat sorang kawan masa high school dulu. nama dia izzati tapi kitorang panggil dia ety. dia sorang yang cool tak kira apa pun jadi waimma musibah apapun yang datang and segala dugaan masa high school yang aku rasa tak patut and tak larat aku nak pikul sebagai seorang student sekolah menengah masa tu dia lalui dengan cukup tenang.

Memang aku akui dia lagi kuat iman kalau nak dibandingkan dengan aku. memang ketaralah differencenye disitu.hue hue. tapi satu prinsip dia yang dia pegang ialah ayat title entry aku ni "everything happens for a good reason" and memang dia selalu cakap semua yang jadi kat kita tak kira baik or buruk semua tu ada hikmah disebaliknya.

Sekarang ni aku memang betul-betul perlukan semangat untuk study for final exam. minggu-minggu akhir semester ni aku rasa banyak sangat dugaan yang datang. sampai ada satu masa tuh aku rasa almost nak give up dengan study pun ada. tapi bila ingat mak ayah kat kampung aku kuatkan balik semangat dalam diri and dengan dibantu ayat tu aku bangun jugak berdiri untuk kukuhkan tapak di uni.

Kadang-kadang aku rasa bidang yang aku amik ni pun macam tak sesuai je dengan pemikiran aku tapi bila ingat balik inilah yang ditakdirkan Allah untuk aku so maybe nanti ada hikmahnya aku dapat belajar dalam bidang ni. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk aku. Insyaallah.

Ada lagi dua tahun baki kat ukm ni and i really need to be strong to stay. betul cakap Madam Erny Julia, lecturer bio masa kat matrik dulu, memang sangat penat jadi seorang student ni tapi itulah keseronokan dan satu nikmat dalam hidup yang kita kena hargai sebenarnya.

So guys, do pray for my success dan doakan aku kuat sentiasa untuk mengahadapi segala dugaan dan halangan dalam life yang tough dan mencabar ni.

P/S: aku doakan korang jugak!!!
        good luck final exam!!!



love-peace.

Sunday, March 27, 2011

love, not an option




is it wrong to fall in love??? some say its wrong and some say its not.

well tu depends on pendapat masing-masing la kan sebab cara pemikiran antara manusia is different.

and as for me i think love is not an option sebab hati tak boleh dipaksa untuk menyukai dan menyintai sesuatu atau seseorang.

saya nak cakap lebih-lebih pun sampai sekarang i've never experienced love lagi even cinta monyet pun saya tak rasa dulu masa high school.

i mean love between me and a man la kan.

love-peace

Friday, March 25, 2011

got ma lappy back (:

setelah sekian lame tunggu lappy ni siap akhirnya aku dapat balik laptop ni.

dalam hati takyah cakap la betapa gumbiranya sebab dah tak lama dah nak final ni kalau takde mr.lappy ni camane aku nak study.

yela sekarang zaman IT kan, notes, tutorial, updates pasal education and isu-isu semasa semua atas talian a.k.a online.

takde laptop bagi budak uni memang satu masalah lagi-lagi kalau member tu kedekut taik idung masin haa lagi susah.putih mata jea tengok orang lain buat keje.

this week pulak minggu untuk daftar kursus and semuanya tu online and perlukan mase yang agak lame untuk teliti tengok kod-kod subjek yang diambil.salah tekan dapat ajaran sesat la bila subjek yang menyimpang dari kos sendiri diambil.

bila dah siap daftar aku tengok balik schedule aku untuk next semester kan.huh sangatlah pack dengan subjek major dah enam. tu tak masuk lagi subjek wajib yang lain.

tapi at the same time aku excited sebab nanti dapat belajar dengan lebih detail pasal minyak dan lemak. banyka subjek yang best macam kimia kolloid and so on.

papepun, same-same la kita mencari keberatan dalam ilmu ye.

withlove-budak minyak

Monday, March 07, 2011

pebuk! pebuk!

sekarang ni danish yang umur setahun tu pun dah pandai cakap "pebuk! pebuk!" bila nampak orang duk mengadap laptop or komputer.hahha

semuanya start bila umi marah alang sebab selalu sangat online facebooking sampai lupe nak bace book yang sebenar.mulai hari tula danish tahu sebut perkataan tu.

aku tak heran sangat pun satu sebab danish tu budak bijak satu lagi memang kids umur setahun lebih cepat belajar hanya dengan observing and listening.

bukan je danish, sepanjang a few weeks ni banyak benda yang aku pelajari especially masa pegi lawatan ke felda kernel products factory last week at pasir gudang, johor.

a lot of thanks to all warga kilang yang very welcoming us and dah layan kitorang dengan sangat baik.seriously i thought officer-officer kat factory tu tak nak layan kitorang pun tapi sebaliknya pulak.and very special thanks to mr.engineer en. mukmin yang sabar dengan kerenah kami and yang paling penting bawak kitorang naik silo tank yang very the high one tu and bawak kitorang masuk lab.*banyaknya 'and'*

eventhough the visit ke kilang tu was a sweet memory untuk aku and coursemate, however it turns out that our friendship jadi pecah belah.X( and i thought friendship would lasts forever.hurmm..

anyway, aku dah makin pandai main trumpet.well at least dah dapat note C and G.next week its gonna be music theory during class and dua minggu lagi akmal our instructor for brass cakap dia dah nak pilih lagu.nervous jugak bila nak kena perform kat festival seni ni.*_*

midsem dah habis, sekarang tinggal presentation titas and nak study for final exam.wow FINAL tuu.tak sabar nak tunggu semester break.cuti lame tuu.

and tadi aku pegi picnic ngan family tapi pictures tadi tak boleh nak upload lagi la because my laptop rusak.so bila laptop dah siap nanti i upload lah.ini pun borrow laptop cousin nak buat keje sambil facebooking,bw,and so on lah.cepatla baikm laptop woii.banyak keje nih.

P/S; lagu grenade ngan awan nano best weh.dengarla.


Friday, February 25, 2011

budak minyak ke kilang minyak

ada jugak yang tanya saya kebelakangan  ni...

"wei, kenapa budak minyak???"

"budak minyak tu ape???" 

"ape kaitan ko dengan minyak, jumpa orang minyak ke???"

okay la saya jawab la.

actually budak minyak ni saya saja bagi nama sebab related dengan apa yang akan saya pelajari nanti.

i'm an oleochemistry student, nak tahu lebih lanjut ce google oleochemistry mesti dapat explanation panjang lebor kat situ

anyway saya malas nak explain panjang-panjang sebab saya tengah packing barang untuk pegi pasir gudang, johor.

away for 3 days untuk lawatan industri ke kilang minyak, isisawit.

well, dah nama pun study pasal minyak and lemak so kene la lawat kilang minyak jugak.

ok while i'm having fun, korang budak-budak comel sekalian jangan noty-noty.
God bless! XD

Tuesday, February 22, 2011

situasi exam hall

headline kat tv3 hari ni was about the earthquake yang berlaku kat Christchurch,New Zealand.

berita ni buat saya sesak nafas jugak la sebab ayah saya baru je balik new zealand last friday and i wonder how his condition now.

kebelakangan ni apa yang terjadi macam kebetulan je bila hari tu mamatok (nenek saya) pegi Cairo tak sampai tiga hari suddenly ada rusuhan and now ayah saya baru sampai NZ suddenly earthquake pulak.

tapi apa-apa pun doakan ayah saya selamat kat sana yeap.amin.

anyway sepanjang few days ni macam-macam yang saya captured in my mind nak tulis and share kat sini tapi tak sempat.

yela mane nak sempat dengan midsem test, my health condition, and i've been quite busy lately.

cakap pasal test, hari tu masa dalam dewan exam ada sorang mamat duduk depan saya belah kanan asyik termenung je memanjang.

exam 2 hours sebab paper maths so bila saya tak dapat jawab and tengok depan automatically akan terpandang muka mamat tu.*tak berapa hensem pun*

dari riak muka dia macam tengah fikir

"ish kalaulah awal-awal lagi aku buat soalan-soalan maths ni lebih sikit mesti dapat jawab malam ni, menyesal aku tak take care pasal maths sekarang aku rase paper jawapan aku yang paling cun sebab tak kena conteng banyak.mak maafkan anakmu,waaa"


macam-macam hal la budak-budak ni.ada lagi...

ada yang confident nak mati sampai mintak kertas lebih tiap dua saat and ada yang termenung berangan je mase exam.

entah apa yang ditulis pun tak taulah sampai asyik dia je yang angkat tangan mintak kertas lebih, nak kata nak bukak kedai fotostat mini kat dalam bilik tak logik pulak kan sebab kertas yang diberi tu ada garis bukannya A4.hahha

ada jugak yang jeling-jeling manja kat member sebelah pastu buat muka seposen ngan mata cam nak nangis macam kucing dalam SHREK mintak simpati semata-mata nak jawapan sebab tak dapat jawab.

tak kurang jugak yang senyum sorang-sorang macam kerang wangi sambil jawab exam tu. entah-entah dalam kepala fikir lepas ni nak keluar dating nak mesra-mesra ngan sayang dia kot.hahha no offense.

memandai je budak minyak ni, dah naik lemak agaknye tapi tulah situasi dalam exam hell hall.saya sendiri pun same dengan je dengan yang atas tu cume tak buat la jelingan manja ngan fikir pasal sayang tu sebab tak ade pakwe lagi.huk huk.

Thursday, February 17, 2011

adeh.gastrik.

assalamualaikum.
lama jugak tak up entri semua sebab saya kena gastrik so beberapa hari ni tak online lah.

so a piece of advice to those yang ada gastrik tu please jaga pemakanan anda yeap.

okay for this week as long as i'm still taking medicines yang doctor prescribed tu saya terpaksa tinggalkan satu-satunya ma feveret drink since kecik sampai besor which is milk.hua hua

bila call my mak and cakap saya kena gastrik again so ni yang dia cakap

"tulah sapo suroh tok jago make sangat, acu make awal-awal sket

heheh.my emak orang kelate la.biasala mak bagi advice dalam nada marah pun dia tetap sayang rite.

okayla tak leh nak up entri panjang-panjang sangat coz perut pun still sakit-sakit lagi.siap kena ultrasound lagi semalam.*sigh*

peace.

Monday, February 14, 2011

senyum sokmo =)

senyum tak perlu kata apa-apa. sedap pulak lirik lagu nih bila dengor banyak-banyak kali.heheh

ada banyak sebab untuk senyum hari ni and heran betul bila rahang ni tak penat-penat senyum all day long tho dah senyum lebar giller sampai lebih telinga.hahah.

haa macam tulah kot senyum lebar.yang penting nampak gigi tuh.hiks.

well salah satu sebab untuk smile pada hari ini ialah sebab esok adalah hari tuk sambut maulidur rasul.*bukan untuk sambut valentine's day a.k.a v-day ye*.

tadi pun jalan jammed on the way balik kajang because of people yang pusu-pusu nak ke bandor.nak cari hape pun saya tarak tau lah.

another reasons are; 

first saya baru je finished for my midsem test dengan tak jayanya tadi.heheh.thank God dah habis test for chemistry. yang tinggal cume maths je lagi.agak tough jugak la tu.hmm

second is about dat wonderful dream that i had few days back. bila-bila je terfikirkan mimpi tu memang saya akan senyum sorang-sorang and hilang tenggelam karam dalam lautan angan-angan saya sendiri.hahha macam-macam hal la saya ni kan.XD

last but not least *rase macam buat essay BI high school la pulak* saya dah decide ngan my besties kat kampus nak wujudkan satu group kat fb with the name GD.

ape GD tu nanti i story on the next post yapp.for sure that group is not for tujuan gossiping and sewaktu dengannya.

fyi esok cuti tapi untuk people yang tak dapat cuti saya ucapkan selamat bekerja and jangan lupa selawat untuk junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W walaupun tak dapat cuti ye.

salam maulidur rasul untuk semua umat Islam.peace.





Sunday, February 13, 2011

mimpi yang tak sudah.indah!

okay kalau tengok status saya kat fb hari ni pun pasal mimpi yang indah itu



al-kisahnya nak dijadikan cerita dongeng, bangun je dari beradu pagi tadi spntaneously terus saya tersenyum bangga sorang-sorang like a kerang wangi.

entah kenapa automatically bila bangun teringat semua yang saya mimpi on that night.OMG what a dream!hahha.

if only that dreams continues every night saya rasa saya lah orang paling tersenyum everytime saya lelapkan mata.betul tak tipu.

korang mesti wondering kan apela yang saya dreamkan sampai excited smiling all day long tuh kan.

well bila fikir sampai masak ranum i decided to story la pasal mimpi last night yang indah sangat tu. actually saya mimpi i got married.

btw jangan nak fikir bukan-bukan dulu ye.it's not like what you guys are thinking okay. let me tell you from the beginning of the story before saya story mimpi tu.

i had crush on someone lately and orang tu quite famous la. eventhough baru a few times jumpa dia but rasenye macam crush kot kat die.*bila selalu ingat tu kire crush la rite???heheh*

and you know what i dreamt that i got married dengan die.well gempak tak??gempak seyh.hahha.tak pernah terfikir pun nak mimpikan dia.padahal takde la ingat dia pun on that night.

jauh langit ngan bumila kalau nak fikir sampai kahwin tu.i muda lagi okay.hehe.and one more thing mase dalam mmpi tu saya ada tanya dia satu soalan.

"kenapa awak pilih saya?"

entah kenapa la saya tanya soalan tu.maybe sebab tak pernah kenal pun dia tapi suddenly kahwin dengan dia.actually sweet jugak.hau hau hau.

itu jela pasal mimpi tuh.kalau korang pun mimpi kahwin dengan crush korang mesti you guys pun senyum lebar sampai ke telinga all day long rite.huk huk.

peace yo.selamat malam sayang.hahha

Friday, February 11, 2011

tukar imej and hamster???





yay finally i got time jugak nak update kat sini walaupun macam tak tau nak update ape la kan.

after minggu yang cukup busy ni, bukak-bukak je blogger terus terdetik hati nak tukor imej

haa..jeng jeng jeng
dah tukar dah pun.dulu da voice of my heart sekarang dah jadi budak minyak.

bukan hape dulu tuh memang tak tau nak buat tajuk hape baru sekarang dapat idea budak minyak tuh

tau tak nape budak minyak???

haa sebab saya ni kan student oleochemistry so saya rasa sesuai tajuk tuh ngan belog ni

ok nak citer pasal gambar kat atas ni pulak. this week dalam family ramai yang tak sihat.semua pasal hamster yang dibela oleh alang, cousin saya.

at first kitorang ingat hamster tu ok je sebab beli pun seekor and tak ada masalah pun.

tapi after a few days, hamster tu tiba-tiba lahirkan 7 ekor anak.there comes the problem.i started to notice that there is something wrong with them sebab hamster tu makan anak dia after giving birth.

i thought dia makan becuz terlalu lapar and letih tapi sahabat saya yang bela hamster cakap dia makan anak sendiri sebab anak dia ada penyakit.

anak buah saya sampai masuk wad sebab kena infection dalam darah from hamster tu.maybe sebab dia pegang dengan tangan banyak kali kot.

so my advice kalau nak  bela hamster or any other pets, korang kena tahu the way nak jaga haiwan tu dulu okeh.

p/s; kalau tengok picture kat atas tu..yes it is cute but be careful of handling it.

THE THIRD A

Alhamdulillah is the only word that came out from my mouth when the other one A in our family arrived. I was speechless and relieved once...