Wednesday, May 04, 2011

kecik-kecik dah pandai mencuri :(






budak-budak zaman sekarang kurang didikan agama agaknya takpun terpengaruh dengan cerita-cerita yang takde pengajaran macam kebanyakan drama kat tv sekarang ni.

mesti kaki dvd budak-budak ni. kebelakangan ni adik aku asyik hilang barang je kat sekolah.bila mak aku cerita aku sendiri pun macam tak percaya.

hari tu adik aku pegi sekolah bawak bekal kuey teow satu tupperware.

waktu rehat dia bawak tupperware dia pegi kantin pastu letak atas meja. dia bangun dan berlalu pegi kat makcik jual air dengan niat nak beli air anggur seteguk dua buat hilang dahaga takpun bagi hilang pedas makan kuey teow nanti.

dah siap beli air dia pegi balik kat meja makan dengan harapan dapat rasa kuey teow paling lazat yang mak buat pagi tadi.

tapi dilihatnya kuey teow tadi tiada dengan tupperwarenye sekali lesap entah ke mana.

ajaib sungguh!

so dengan baki duit yang mak bagi dia beli sebatang 'hotdog' dan makan bersama air anggurnya tadi.

habis je waktu rehat datang pula seorang kawan membawa tupperware kuey teow miliknya tadi dan beri kepadanya tanpa mengucapkan terima kasih.

oh rupa-rupanya itulah tupperware kuey teow miliknya tadi yang sudah kosong sebab isinya dah dimakan oleh kawan-kawannya.

tidak berhati perut sungguh budak-budak berumur 8 tahun tersebut. nasib baik adik aku bawak duit lebih pegi sekolah kalau tak mau gastrik dia.

semalam dia bawak beberapa batang lolipop yang aku beli kat cameron highland tempoh hari tapi 1 batang pun tak sempat dia makan dek kerana dicuri.

salah siapa??? renungkan...
let loose-love-peace

Tuesday, May 03, 2011

problemo!

kita memang tak boleh lari dari masalah walau sebesar mana pun masalah kita tu.

betul tak??? kalian setuju dengan penyataan di atas???
tak perlu jawab sebab aku tak dengar pun no offence ^^

tapi kan pendapat aku la ada kalanya kita boleh mengelak jugak dari masalah yang kita hadapi kalau kita bijak mengawal situasi dan keadaan.

*sebab aku selalu buat la aku cakap macam tu*

ada orang sampai hilang pertimbangan sebab tak dapat solution macam mana nak selesaikan masalah diorang.

aku pernah tengok macam-macam masalah termasuklah masalah rumah tangga yang teruk sampai nak menitis air mata aku tengok.

tapi ada jugak golongan yang macam tak nak selesaikan pun problem diorang tu. aku pun tak paham dengan orang macam ni sampai sanggup bebankan dan menyusahkan orang lain untuk kesenangan diorang.

kalau orang lain terutamanya orang yang dekat dengan kita ada masalah sama-samala kita tolong mereka selesaikan perkara tu

sedih betul bila tengok ahli keluarga sendiri pun tak nak tolong bila family sendiri susah.susah sangat ke nak tolong ye dak.

peringatan ni bukan untuk korang je tapi untuk diri aku sendiri jugak.

renung-renugkan dan selamat beramal.

let loose-love-peace.

THE THIRD A

Alhamdulillah is the only word that came out from my mouth when the other one A in our family arrived. I was speechless and relieved once...