Wednesday, May 04, 2011
kecik-kecik dah pandai mencuri :(
budak-budak zaman sekarang kurang didikan agama agaknya takpun terpengaruh dengan cerita-cerita yang takde pengajaran macam kebanyakan drama kat tv sekarang ni.
mesti kaki dvd budak-budak ni. kebelakangan ni adik aku asyik hilang barang je kat sekolah.bila mak aku cerita aku sendiri pun macam tak percaya.
hari tu adik aku pegi sekolah bawak bekal kuey teow satu tupperware.
waktu rehat dia bawak tupperware dia pegi kantin pastu letak atas meja. dia bangun dan berlalu pegi kat makcik jual air dengan niat nak beli air anggur seteguk dua buat hilang dahaga takpun bagi hilang pedas makan kuey teow nanti.
dah siap beli air dia pegi balik kat meja makan dengan harapan dapat rasa kuey teow paling lazat yang mak buat pagi tadi.
tapi dilihatnya kuey teow tadi tiada dengan tupperwarenye sekali lesap entah ke mana.
ajaib sungguh!
so dengan baki duit yang mak bagi dia beli sebatang 'hotdog' dan makan bersama air anggurnya tadi.
habis je waktu rehat datang pula seorang kawan membawa tupperware kuey teow miliknya tadi dan beri kepadanya tanpa mengucapkan terima kasih.
oh rupa-rupanya itulah tupperware kuey teow miliknya tadi yang sudah kosong sebab isinya dah dimakan oleh kawan-kawannya.
tidak berhati perut sungguh budak-budak berumur 8 tahun tersebut. nasib baik adik aku bawak duit lebih pegi sekolah kalau tak mau gastrik dia.
semalam dia bawak beberapa batang lolipop yang aku beli kat cameron highland tempoh hari tapi 1 batang pun tak sempat dia makan dek kerana dicuri.
salah siapa??? renungkan...
let loose-love-peace
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
THE THIRD A
Alhamdulillah is the only word that came out from my mouth when the other one A in our family arrived. I was speechless and relieved once...
-
Hi awesome people! My last post was a bit unhappy as the past weeks had been rough (blame the pregnancy hormones) lol. But I feel much bette...
-
assalamualaikum sweet people. its been ages aku tak update kat sini because I've been super duper busy. seriously. if tak caye cer jen...
ape la bdk2 ni..kurang didikan agame agaknye.sian ke maisarah..
ReplyDeletewah...ebt giler r dak2 skrg nie...
ReplyDeletetulah tak tau nak cakap cane..pelik tul la..
ReplyDelete