lama sudah tak bersua
bersua dua bertukar cerita
cerita tentang kita
kau, aku dan masa depan
masa depan yang belum pasti penghujungnya
aku tak mengharapkan hadiah besar darimu
cukup sekadar luangan masa azimatmu
sekadar bertanya khabar kepada diriku
merungkai permasalahan satu persatu
merungkai rindu yang menggunung terhadapmu
.................................. “Hi babe. I miss you. you rindu I tak?”....................................
setiap kali soalan itu di ajukan
kau berpaling muka dan terdiam
aku pula tertunduk segan
segan pada soalan yang tiada jawapan
jawapan yang mampu bikin hati aku tenang
aku tidak menantikan jawapanmu waktu ini
aku sedar akan realiti ini
kau mungkin bukan untuk aku pada masa hadapan
kerana kau tak mampu beri aku jawapan
-mock-
nak sumbang entry jugak ='(
ReplyDeleteboleh jeee hantar karya ke emel ye :)
Delete