mungkin hari ini dia tak berguna
tapi siapa tahu apa yang bakal terjadi hari esok
apa yang kita harapkan tak semestinya berlaku
semua yang berlaku bukankah mengikut kehendakNya
diherdik dihina dicaci tanpa dipinta
itu yang memberikan semangat baru padanya
pengalaman merubah dia menjadi juara
kesabaran meletakkan dia dipuncak kejayaan
katanya sabar kunci keimanan
mahu dapatkan separuh daripada iman memang payah
kerana itu ramai yang tak bersabar
punca kekuatan iman senipis kulit bawang
atau apakah lebih nipis dari itu
kawal diri
kawal kemarahan
kawal iman
cari kejayaan dunia dan akhirat.
NA3
No comments:
Post a Comment