Rintik hujan yang turun
Buat hatiku kian meruntun
Tiap kali hujan membasahi bumi
Kau akan hadir di hati ini
Peristiwa lalu masih aku ingati
Di kala hujan kau melangkah pergi
Tinggalkan aku kuyup sendiri
Tidakku harap kau kembali lagi
Untuk kesekian kali aku ingatkan
Jika mahu lagi pergi meninggalkan
Jangan sesekali pergi tika hujan
Kerana tiap kali hujan diturunkan
Kau pasti menjelma di ingatan...
No comments:
Post a Comment