Wednesday, June 20, 2012

final year around the corner #Bismillah

cukup entry pasal exam. tutup cerita peperiksaan buat sementara sebab nanti aku akan #stress balik.nak bincang pasal bola pun aku kurang minat dah sekarang *means dulu minat* sebab sekarang aku minat rugby and maher zain #eh. sebenarnya aku rindu kampung sangat-sangat. walaupun baru je balik dua tiga minggu lepas tapi tetap rasa rindu jugak. selalu aku tak macam ni pun tapi lately rasanya aku makin rapat dengan mak. sebab tu makin rindu nak balik rumah. mungkinkah aku makin matang and dah boleh jadi mom's best friend. hehe.

lagipun next week habis exam.orang lain habis exam terus bergumbira berjimba-jimba and balik rumah untuk cuti sebulan dua. spend masa dengan family bersuka ria. aku jeles okayyyy #nanges. jeles kenapa? sebab aku terus sambung a few days lepas exam dengan pegi kelas untuk shortsem. itulah pengorbanan namanya. pengorbanan terbesar yang aku pernah buat untuk diri aku sebab korbankan cuti semester untuk kurangkan unit kredit untuk tahun akhir. 

TAHUN AKHIR???

cepat betul masa berlalu. pejam banyak celik sikit tub tub dah tahun akhir dah aku kat universiti kebanggaan kebangsaan Malaysia ni. macam tak percaya pun ada tapi tula kuasa Tuhan. takdirNya tentukan aku masuk universiti untuk tiga tahun and now aku da almost nak masuk final year. hopefully aku boleh survive untuk lagi satu tahun and lepas tu masuklah lagi satu chapter baru dalam hidup aku iaitu kerja la la la.

tak sabar.excited.nervous.happy.takut. semua ada bila fikirkan final year yang penuh dengan cabaran tapi kalau aku takut and ragu-ragu lagi sampai bila pun aku tak akan move on dalam hidup aku. final year ni lah yang akan tentukan siapa aku beberapa tahun akan datang. juga aku doakan rakan-rakan seperjuangan dari dunia Oleokimia berjaya dunia dan akhirat.

ku pinang tahun akhir dengan #Bismillah.

No comments:

Post a Comment

THE THIRD A

Alhamdulillah is the only word that came out from my mouth when the other one A in our family arrived. I was speechless and relieved once...