PENAT.
tu je perkataan yang berlegar-legar dalam minda aku tiap kali aku sampai bilik tiap hari. sengal-sengal badan usah dikata la bila tiap hari aku berjalan lebih kurang 2 kilometer pegi dan balik so totalnya 4 kilo gua jalan setiap hari okayy. dah mampu bakar berapa ratus kalori dah tu. tapi kaki gua tetap maintain drumstick jugak. (drumstick disini digambarkan peha ayam ye bukan kayu drum harap maklum)
macam hari-hari kebiasaan jugak bila balik bilik pada petang hari selalunya aku akan merehatkan minda dengan membaca novel kegemaran atau menonton movie dekat laptop kesayangan. tak macam student universiti lain yang ada saje aktiviti waktu petang seperti ke gimnasium untuk joging atau senamrobik, ke kolam untuk berenang, ke kedai mamak melepaskan rindu pada roti telur mahupun maggi goreng (tapi bukan mihun goreng), malah ada juga yang melepas rindu pada katil dan bantal empuk di bilik. aku ni jenis yang tak tidur waktu petang terutamanya lepas waktu asar. bukanla nak tunjuk alim ke hape sebab orang kata tidur lepas asar ni tak elok. tapi aku memang tak boleh tidur waktu tu pasal kalau aku tidur jugak memang mengundang kepala untuk sakit bila bangun.
sampai masuk waktu maghrib baru aku bangun dan tunaikan kewajipan aku sebagai manusia which is mandi, solat dan sebagainya. sebelah malam pula ditemani lagu-lagu kegemaran aku buat kerja. kadang buat tugasan yang nak kena hantar esoknya *maklumla aku ni memang jenis spesis yang buat kerja last minit* kadang buat ulangkaji kadang termenung berangan je kat meja belajar tu. tapi kebanyakan masa aku dihabiskan atas talian mencari kepuasan berjaringan sosial dengan rakan-rakan yang jauh mahupun dekat.
tentang makan malam pula. kadang teman-teman spagetii aku akan ajak aku makan lepas pukul 8 malam. tak kirala makan di mapley atau di kedai-kedai makan biasa mahupun mewah kami pasti bahagia kerana dapat makan bersama. begitulah aku dengan teman-teman rapat.janji sehidup semati. begitula hari aku berlalu setiap hari. bosan bukan namun bagi yang belum menempuhi alam universiti pastikan hidup anda tidak bosan seperti ini. muahaha
XOXO,
ENDY
No comments:
Post a Comment