Friday, April 26, 2013

Hikayat Seorang Aqilah: Komitet Gosudarstvennoj Bezopasnosti

Assalamualaikum.

Pada mata dia, segalanya tentang fakta. Tentang rosakknya manusia, bodohnya lelaki, bangangnya wanita. Tentang manusia manusia manusia keliru yang bahagia diperguna. Sebagai objek. Sebagai alat. Biar puas nafsu dia, asal kau dijulang. Bukan?

Dan golongan itu, golongan itu yang salah.

Go to http://hikayatseorangaqilah.blogspot.com/ for more posts.



Thursday, April 25, 2013

BOSAN

Dikala suasana sunyi di waktu pagi
Cuma bunyi ketak-ketak yang didengari
Bunyi jari-jemari yang menari di papan kekunci

Aku bosan

Bila agaknya semua ini bakal diakhiri
Dan senyuman akan kembali menghiasi
Menghiasi pipi di dunia indah kami

Aku bosan

Menanti sesuatu yang pasti
Saat yang pasti kami miliki
Biar masa yang akan tepati

Tepati janjinya yang tentu
Menamatkan waktu bosan yang kami tunggu-tunggu

Sungguh! Aku bosan.

NA3

Sunday, April 14, 2013

Aku Bukan Kau

bila kau tanya aku sesuatu
aku minta kau tunggu
tapi bila aku tanya kau
kau jawab tanpa minta waktu
aku bukan kau

kau lihat orang marah-marah
tak sempat reda keadaan
konklusi bernas dah kau berikan
tak sempat aku marah dah kau tenangkan
tenyata aku bukan kau

kadangkala ada masa
bila kau sedih kau berduka
walau hiba tak seberapa
air mata kau tak sempat aku seka
laju mengalir tanpa langsung dipinta

tapi bila aku sedih 
kau orang pertama
yang tamatkan aku punya duka
beri aku hilai tawa
aku tak mampu jadi kau
sebab aku bukan kau

NA3

Friday, April 12, 2013

realiti aku


lama sudah tak bersua
bersua dua bertukar cerita
cerita tentang kita
kau, aku dan masa depan
masa depan yang belum pasti penghujungnya

aku tak mengharapkan hadiah besar darimu
cukup sekadar luangan masa azimatmu
sekadar bertanya khabar kepada diriku
merungkai permasalahan satu persatu
merungkai rindu yang menggunung terhadapmu

..................................  “Hi babe. I miss you. you rindu I tak?”....................................

setiap kali soalan itu di ajukan
kau berpaling muka dan terdiam
aku pula tertunduk segan
segan pada soalan yang tiada jawapan
jawapan yang mampu bikin hati aku tenang

aku tidak menantikan jawapanmu waktu ini
aku sedar akan realiti ini
kau mungkin bukan untuk aku pada masa hadapan
kerana kau tak mampu beri aku jawapan

-mock-

Saturday, April 06, 2013

puisi hati luka


dulu
kau kata kau sanggup tunggu
tunggu aku yang minta waktu
tapi kau dulu yang menyatu
dengan dia yang nombor satu

kerna
kau kata aku ni lambat
lalu hati dia dulu yang kau tambat
kata kau dengan dia lebih cepat
aku kau tak kisah sangat

lalu
pergi kau aku relakan
katamu mencintai aku satu beban
jadi aku kata aku tak kesalkan
walau di hati bagai pisau ditekan-tekan

NA3 


THE THIRD A

Alhamdulillah is the only word that came out from my mouth when the other one A in our family arrived. I was speechless and relieved once...