Waktu aku ada kau tak hargai
Bila aku pergi
Kau merayu aku kembali
Bukan aku tak mahu kamu lagi
Tapi mungkin ini kehendak Illahi
Siapa kita tuk menentang takdirnya
Cuma usaha dan doa harapan kita tiap masa
Namun pasti Dia juga penentu segala
Pantai, laut, udara jadi saksi
Dua hati yang saling mendekati
Hingga tercetusnya nanar ini
Yang kian kali terjadi
Bila dua hati yang telah mengenali
Temui jalan mati akibat dikhianati
Jangan kau kesali kita jauh begini
Kerana waktu bersama akan ku ingati
Hanya terima kasih buatmu dari hati ini
Akan ku kenang dirimu wahai kekasih hati
Akan ku bawa memori ini sampai mati
No comments:
Post a Comment